Wednesday, September 10, 2008

belajarlah malu

"Belajarlah malu dengan Allah
Atas nikmat yang tak mampu dikira
Sedang kita masih terus tak puas
Sedang kita masih tetap lalai.
Belajarlah malu dengan Allah
Kerana kita tak mampu bersyukur
Kecuali Allah beri kekuatan.
Belajarlah malu dengan Allah
Kerana kita masih tak sedar
Yang pejam celik kitapenuh dengan nikmat
Yang bangun tidur kitapenuh dengan nikmat
Yang makan minum kitapenuh dengan nikmat.
Belajarlah malu dengan Allah
Muhasabahlah...hitung nikmat demi nikmat
Sebanyak suapan makanan dimulut
Sebanyak kunyahan demi kunyahan
Sebanyak bilangan saatkau tertidur dalam kelenaan
Sebanyak bilangan saatkau gembira dalam kemewahan
Belajarlah Malu dengan Allah
Belajarlah malu dengan Allah
Belajarlah malu dengan Allah.