Sunday, May 15, 2011

PERKONGSIAN DAURAH ISK MSU&PTPL

Salam’alaik..

Melaporkan dari bilik berita nuqaba’ MSUPTPL=)

Alhamdulillah,Daurah Ini Sejarah Kita telah diadakan pada 08 Mei 2011 bertempat bilik gerakan utama dakwah dan Tarbiyah IKRAM Shah Alam a.k.a PISA.Daurah yang dihadiri oleh peserta dari MSU dan PTPL serta tidak ketinggalan juga peserta dari UIA dan UITM itu telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00mlm dengan membabitkan 23 orang peserta termasuk AJK.Program ini berobjektifkan memberi dan membina kesedaran untuk menjadi kader-kader dakwah,memberi kefahaman dan kejelasan kepada para pelapis tentang sejarah kebangkitan dan kejatuhan Islam dan peranan serta kepentingan mereka berada dalam jalan tarbiyah dan dakwah.Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program berlangsung:

Penceramah jemputan sedang memberikan ceramah..hehe=)



Peserta khusyuk menonton video yg disediakan



Sesi makan=)


Sesi LDK=)



Antara peserta yang hadir=)

Alhamdulillah,hasil dari maklumbalas adik2 MSU dan PTPL khususnya,mereka amat bersyukur kerana telah terpilih menghadiri program ini dan berharap program sebegini akan diteruskan lagi dan yang paling penting telah ada bibit-bibit kesedaran tentang peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT.Kita doakan semoga kesedaran itu berpanjangan buat adik-adik MSU dan PTPL dan diri kita sendiri.
Tak lupa juga ucapan dan doa Jazakumullahu Khairan Katheera buat semua JK yang bertungkus lumus dalam menjayakan program sebegini.Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan.Untuk program seterusnya,InsyaAllah nuqaba’ MSU PTPL telah merancang untuk mengadakan daurah Ini Peranan Kita(IPK) sedikit masa lagi.Doakan agar segala urusan dan perancangan dipermudahkan serta dakwah dan tarbiyah berkembang di lokaliti kami khususnya dan Allah memberi kekuatan pada rijal-rijal yang akan menyemarakkan dan menegakkan Ad-Deen di bumi MSU dan PTPL khususnya,InsyaAllah=)




Wednesday, May 4, 2011

DAURAH ISK MSU PTPL 2011


DAURAH INI SEJARAH KITA (ISK)
MSU DAN PTPL

TARIKH:08 MEI 2011(AHAD)



TEMPAT:PEJABAT IKRAM SHAH ALAM



MASA:8.30PG-6.30PTG



ANJURAN:NUQABA' MSUPTPL



YURAN:RM3