Thursday, August 20, 2009

..::SIAPA KITA::..

Sudah terang terlihat dengan
ilmu dan pengalaman hidup insani,
tidaklah hadir kita ke dunia ini dengan
upaya kita.Dan tidak pula kita
tinggalkan dunia ini dengan kehendak dan aturan
sendiri

Wujud insan di
dunia hanyalah di antara
dua titik,mengisi
sedetik waktu dan menepati sezarah ruang


..LANTAS

UNTUK APA

MANUSIA ITU
DIHIDUPKAN


dengan kesepaduan roh dan jasad serta kesempurnaan aturan elemen-elemen alami yang menyokong kehidupan,nyatalah hayat ini bukan sekadar memenuhi ruang dan menghabisi tempoh,tetapi ada misi khusus dan mulia.ALLAH menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah untuk
menghambakan diri atau beribadah hanya kepada ALLAH.Dengan sifat kehambaan itu,manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya sebagai khalifah ALLAH di muka bumi.



Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki

Salam'alaik..Alhamdulillah..masih diberi kekuatan untuk menjalankan amanah yang diberikan Rabbul Alamin..sedih,hampa,kecewa yang tak dapat digambarkan bila perkara yang diceritakan adlah berkait dengan kaum sendiri..kaum yang dijadikan dengan penuh kasih sayang,kaum yang dijadikan untuk mambantu memakmurkan alam ni dengan CAHAYA ISLAM..knape masih begitu saudaraku..kenapa masih tidak mahu berfikir yang kebanyakan isi neraka adalh daripada golongan kita...knapa kita masih hanyut dengan dunia kita..Kenapa..kenapa..YA ALLAH..bantulah kami dalam menebarkan syariatMU..lestarikan wadi kalbu kami ya ALLAH,leraikan kami dari pautan nasfu..biarpun sukar bagi kami melamar redhaMU..namun masih kami mengharap ampunanMU

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.


Nabi Muhammad SAW bersabda

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka

ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Berikut adalah email seorang lelaki yang menyatakan lua

han hatinya berkenaan kaum hawa..cuba renung dan istighfar..apa yang kita lakukan selama ini..adakah kita sedar ataupun buat-buat tak sedar

Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

Dibawah adalah respon dari seorang pembaca

Salam Ustaz.. ape yang dikisahkan diatas adalah pahit pernah s
aya hadapi.. bak kate orang Kuale Kangsar “raban teben” saya dibuatnya… kerana wanita memang cantik Allah kurniakan... Tanpa memandang mereka, m endengar suare pun boleh tertarik, tak dengar suare dan pandang tetapi terbau pun lelaki boleh tergoda, bergelora jiwa.. Chu.. chu.. chu… chu.. (buat bunyi cicak kat mulut sendiri…)

Saya kat sini ingin berceramah skit walaupun xlayak, bukan ape saje nak menyampaikan jugak perasaan dan pandangan saya mengenai rintihan sahabat kite di atas.. Saya pernah mendengar citer seseorang, di akhir zaman ini nisbah lelaki dengan perempuan ialah 1:50 (lapik cakap sebab sy xtau kesahihannya, sy pun lupe dr mane sy ambik , maafkan sy sekiranya teripu anda semua) Mari same2 kite belajor mengira:-

PENGIRAAN
Cube kite bayangkan sekiranya hari itu tiba... Di Malaysia ini terdapat dalam
- 1 pejabat itu terdapat 1 staff lelaki dan 50 staff perempuan.
- 1 kampung 1 lelaki dan 50 permpuan.
- 1 bas tu ade 1 lelaki dan 50 perempuan (tu pun jd drebar kot..)
- 1 kelas sekolah ade 1 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan..(dah berlaku dh dekat U)
- 1 kerajaan ade 1 exco lelaki dan 50 exco perempuan (klu exco lebih 50 le..)

Ditambah dengan keheroan lelaki2 pada zaman yang bertamadun akan datang...
- Kebanyakan lelaki zaman tu semua xde didikan agama..

- Kebanyakan lelaki zaman tu se
muanya buaya darat.
- Kebanyakan lelaki zaman tu tahu nak seronok jer ikut nafsu dan mata duitan.
- Kebanyakan lelaki zaman tu kacak –kacak dan dalam jail..
- Lelaki befikiran liberal semua hukum diambik Halam saje (haram+halam) ambik Islam separuh2, Dan kemudian ditambah dengan...
- Galakan konsert2 yang bercampur gaul oleh pihak yang berkuasa.
- Kurangnya ulamak2 yang memelihara Islam kecuali ulama yang ”Al-fulus fid Dunya wal mampus fil Akhirah..”

- Undang2 sekular yang ”syumul” di Malaysia..
- Apabila Artis disanjung dan Ulama’ dipancung.. (dah jadi..)
- Apabila semua orang xmalu.. (pakai baju macam xpakei jerr,,,)


Kemudian dikalikan pulak dengan.

- Berleluasanya arak di Malaysia..(dengan ijtihad sesat mereka, “aku xminum, tapi aku keje bungkus arak kat kilang jer....” kepale hotak dier...)

- Minum arak macam minum air mati jer.. rileks jer digunakan tanpa was –was (ini sy pernah alami, kawan seuniversity di KL... Allahumma
rgfirlahu warhamhu..)
- Hinaan orang kuffar di luar negara terhadap Islam, tetapi kite buat “nohen jer..” (buat bodo, xrase ape2..).

HASILNYA:
-Sesungguhnya Allah S.W.T mahu hamba2nya berfikir, fikir sendiri ape jawapan bagi pengiraan diatas..

PEMBAYANG BAGI SOALAN DIATAS:
Pada masa tu, tanya pada diri Anda sendiri lelaki mahupun permpuan:-
- Adakah lelaki akan setia pada seorang? Buat ape diorang nak heran 1xnak, banyak lagi yang nakkan mereka.
- Adakah perempuan masih lagi ade perasaan Malu? Perempuan pada masa itu dah tahap kene kawen klu x
kawen dpatlah status andalusia (anak dara lanjut usia) atau antartu (anak dara tua).By all mean mungkin mereka akan cuba menarik perhatian si lelaki untuk m enjadi teman hidup, kerana lelaki ni susah nak cari. Dan diantara method yang paling fofuler yang digunakan oleh wanita ialah dengan berpakaian seksi, berhias, bermekap dan perawakan menggoda. (oops.. care ni telah pun digunakan sekarang...)
- Sekirenye anda meninggal dunia pada masa 2 siapa nak menguruskan jenazah anda? (mase tu majoriti lelaki smuanye jd artis, ade yg rambut kaler, ade yg gelang rantai beskal, perempuan keliling pinggang, ade yg brtindik, bertatu.. Cerah mase depan..kan?
- Fikirkan kembali sahab at2ku, dunia ni tipu daya... cube bayangkan umur dh mence cah 90 thun masih lgi nak berjoget... Ape bekalan nk disembahkan kepada Allah S.W.T??? skill goyang gerudi 360 darjah?? (astargfirullahalazim... sy agak emosi skit maafkan sy..)




CONCLUSIONS...
Bersama-samalah kita muhasabah diri kita jika perkara itu berlaku... dengan ape cara sekali pun masalah ini xkan selesai kecuali ”Kembali kepada ISLAM”. ”Apa yang Allah kata, itulah kita kata, ape yang Rasul kate, itulah kita kate dan ape yang Quran kate itulah yang kita kate ( meaning: samiqna wa ataqna, kami dengar dan kami taat).. habis cerita tutup buku... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Pengasihani

www.zaharudin.net

Wednesday, August 12, 2009

..Perginya seorang Pejuang..

Salam..Al-Fatihah buatnya..hari ini 13 Ogos 2009 bersamaan 22 syaa'ban 1430 Hijrah,kita dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan RABBANI akibat penyakit jantung yang dialaminya..baru semalam mendengarkan lagu 'MUNAJAT' dari beliau.Terlalu banyak sumbangan beliau dalam perkembangan dakwah Islamiyah terutamanya dalam bidang nasyid....begitulah epilog seorang hamba...dari alam roh ke alam rahim,dari alam rahim ke alam dunia,dari alam dunia ke alam barzakh seterusnya ke alam mahsyar..semoga sisa-sisa hidup yang masih berbekal ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggapai sebanyak mungkin pahala dan melakukan sebanyak mungkin amalan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak..di mana pun kita berada kematian tetap akan menemani kita..jadi bersiap sedialah menghadapinya..peringatan buat diri ana dan kita semua yang kadangkala terleka dengan kehidupan dunia.

''di mana jua kamu berada,nescaya kematian akan mendapatkan kamu,mestipun kamu berda dalam benteng yang tertinggi..An-Nisaa 4:78h

...semoga kita tak lalai dengan kehidupan dunia.. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT..dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa pada ALLAH SWT..Amin

..::MakIng Doa DOesN't Harm AnyOne::..

Assalamualaikum wbt

As AO said...making doa wont harm anyone..let us pray for Dr Hafidzi's health.He's now at hospital due to heart complications..currently, his heart is functioning with only 40% of it's actual strength. below 50%....its less than half.His attributions and contributions toward the Palestinian issues made us aware of our ummah..Semoga cepat sembuh Dr Hafidzi..kami sentiasa mendoakan kesihatan Pakcik.




..........wajah pejuang ummah

Monday, August 3, 2009

..::aKU rELA::..

Salamun'alaik..cuba antum hayati apa yang terkandung dalam lagu ni..memang bertepatan dengan apa yang berlaku baru-baru ini..

Aku Rela
Album : Yang Benar Tetap BenarMunsyid :
Algebra:http://liriknasyid.com

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta,
aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicaraDengan nada insan terluka
Meluah rasa,
meluah fakta,
mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini..
aku bahagia
Kerana..Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

BuaT ikHWAH DAN akHWATkU


Assalamualaikum..dalam kecelaruan Demonstrasi Anti-Isa beberapa hari yang lalu,masing-masing sibuk meledakkan benih perjuangan dalam diri .Aku sedih melihatkan ramai ikhwah dan akhwat yang ditahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Bukan sahaja yang telah berumur bahkan adik-adik yang masih mentah menjadi mangsa.Di mana keadilan mereka?di manaaaaaa???Namun,dek kerana kekebalan iman dan semangat jihad yang ada dalam diri mereka,tiada duka yang dipamerkan malahan senyum dan riak ketawa beriringan..sedikit demi sedikit benih kekaguman menjalar dalam diri aku terhadap mereka lantas memohon kehadrat IILAHI agar ditetapkan hati mereka dan dijauhkan mereka dari segala kesulitan yang melanda. Kekesalan di sanubari dek tak dapat bersama-sama dalam perhimpunan menyebabkan aku rasa berdosa pada Rabbul Alamin...YA ALLAH adakah perjuangan aku hanya dibibir,adakah aku takut dalam menegakkan syariatMU Ya ALLAH.. .Buat ikhwah dan akhwat yang masih ditahan ketika ini,sabarlah wahai saudaraku..perjuanganmu bukanlah perjuangan yang sia-sia..perjuanganmu dalah lakaran ke pintu syurga yang kekal abadi.,semestinya kemanisan iman hadir pada dirimu seketika itu..Aku tak dapat merasakannya saudaraku..Sabarlah wahai saudaraku,perjuangan menegakkan kebenaran memanag tidak akan kenal erti penat dan lelah..Kesusahan dan keperitan yang dihadapi kelak akan menjadi saksi perjuangan dirimu.memang perjuangan menegakkan kebenaran itu payah namun akhirannya adalah kemenangan yang abadi..Syabas buat dirimu,kerana berjaya membuktikan bahawa perjuangan bukan hanya dibibir tapi disertai dengan tindakan.Semoga Jannah menjadi akhiranmu.AMIN
SUASANA DEMONTRASI ANTI-ISA