Wednesday, November 11, 2009

KeredhaanMU

kenapa biarkan hati kita mati

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan adalah nikmat paling agung yang diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.


Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)


Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)


Firman-Nya lagi bermaksud:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)





Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  • Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

DID WE GET A BILL FROM ALLAH SWT



Salamun'alaik
Just take a look on the story entitled"did we get a bill from ALLAH SWT" on iluvislam.com just now,how fantastic the story was.I realized that ALLAH gives us over than what we needed but we rarely thanks him..


When We bestow favours on man, he turns away, and gets himself remote on his side (instead of coming to Us); and when evil seizes him, (he comes) full of prolonged prayer!..41:51

Turn thy vision to those Who abandoned their homes, Though they were thousands (In number), for fear of death? Allah said to them: "Die": Then He restored them to life. For Allah is full of bounty To mankind, but Most of them are ungrateful.2:243

As far as we consider to be grateful,ALLAH appreciates us so much..Nothing could be taken for granted..Just think awhile what he has done for us..the air we breath,the water we use,and all the things He has created are beneficial to us..nothing useless..verily


HE's the CREATOR...HE's the BESTOWER..and HE is a the ONE who has power over all.


A man reached 70 years of age and was affected by a disease which made him unable to urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure the disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him severe pain for days. When the operation was completed the doctor gave him a bill which covered all the costs. After looking at the bill, the man started crying. Upon seeing this, the doctor said, "If the cost is too high then we could make some other arrangements for you." The old man replied, "I am not crying because of the money but I am crying because Allah (SWT) let me urinate for 70 years and HE never sent me a bill!" SubhanAllah!

BarakallahuLakum



BarakallahuLakum, Barakallahu'alaykum Wa Jam'a BainaKum FillKhayr

Ku Mohon PadaMu Allah

Agar Kau kurniakan mereka keturunan

Yang akan membawa panji aqidah ini dibarisan yang paling hadapan


NAZIHAH DAN AUZAN


NADIAH DAN HADI


Alhamdulillah..tahniah buat dua orang sahabatku yang baru melangsungkan pernikahan baru-baru ini..semoga ikatan yan terbina membawa barakah ke syurga menanti..dan buat akhwatku yang masih menanti saat-saat itu..sabar la yea..jangan berputus asa..ia menjadai asas terbaik buat wanita..Jika terlalu memikirkan soal jodoh hingga menganggu perasaan,ia bukanlah satu cara yang terbaik.nyatakan perasaan dan keinginan antuna dalam doa lewat sembahyang..ingat setiap dari kita ALLAH jadikan berpasang-pasangan,oleh itu tawakal sahaja jadi ubatnya.


Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.36:36


Ingatlah..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia..24:26

Pernah ana terfikir,apakah kita sudah bersedia untuk memikul bebanan dan tanggungjawab bergelar isteri atau ibu?Sudah kah bersedia dalam menghadapi rintangan hidup berumah tangga?sedarlah wahai sahabatku,rintangan di alam rumahtangga amat payah jika nak dibandingkan dengan rintangan di alam kita kini..berbalik pada pengalaman kakak,abang even ibubapa kita sendiri pun,kadang-kadang sedih bila melihatkan keadaan mereka..banyak masalah yang perlu diselesaikan,banyak dugaan yang perlu ditempuhi,bukan sekadar menikmati indahnya bersama insan yang disayangi,tapi lebih dari itu..sahabat ana selalu berpesan,jagalah ALLAH ,ALLah akan menjagamu..jagalah agama ALLAH..InsyaALLAH..ALLAH akan jaga agamamu di alam rumahtangga nanti..


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini..Kita selalu sangka ,aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini.Hakikatnya,apabila kita benar-benar mendapat yang kita ingini,ia juga datang bersama masalah.Bukan semua yang kita sangka mambahagiakan itu benar-benar membahagiakan,tapi disitulah terbitnya derita..ALLAH mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui


“dwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.’’Al-baqarah 2:216


Semua benda ada baik dan buruknya.perkahwinan juga begitu.Ia baik sebab dibenarkan agama dan Sunnah nabi sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah,tapi ia juga buruk jika sekiranya ia menjadi platform untuk ke neraka..bukankah di alam rumahtangga banyak tanggungjawab yang akan dipikul,jika semua itu tidak dilaksanakan dengan betul, dengan penuh rasa tanggungjawab,bukankah ia mengheret kita ke neraka,nauzubillah..moga2 dijauhkan ALLAH.


Jika rasa belum bersedia untuk melangkau ke alam perkahwinan,jangan berkahwin dulu..jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan karenah suami dan anak-anak,carilah dulu kesabaran itu. Hakikatnya sahabatku, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah,tetapi sudah melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikank pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman,mencintai Tuhan, dan menjadikan syurga sebagai matlamat.Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsianya..


Berkahwinlah sahabatku demi ALLAH dan ISLAM bukannya kerana perasaan,hawa nafsu dan kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan,tiba masanya ia akan datang menjemput,namun ia juga perlu dibuka lorongan agar jalan bertemu jodoh dipermudahkan..wallahu’alam