Thursday, June 4, 2009

gEraKan RenPOnsIf UmMah MaDAni

Assalamualaikum

Ntah kenapa ana tergerak untuk berkongsi juga tentang Gerakan Responsif Ummah Madani yang diadakan beberapa hari yang lepas.Alhamdulillah ana bersyukur pada ALLAH SWT kerana diberikan kesempatan untuk join GRUM walaupun terpaksa pergi hari ke dua kerana Competency Test ana pada hari sabtu..Walaupun test tu agak susah tapi dengan izin ALLAH SWT semuanya berjalan dengan lancar.Tepat pkul 4.30 petang,ana bergegas balik rumah untuk kemas baju dan terus ke kolej untuk tunggu bas..tapi kat situ ana diberi ujian kerana bas yang ditunggu selama 2 jam tak juga tiba .Ya Allah..rasa geram sgt2 tapi ia sebenarnya melatih ana untuk jadi seorang yang sabar .Tanya pakcik teksi pasal tambang untuk ke Bukit Cerakah..dia cakap RM18..alamak mahalnya..terpaksa ambil keputusan untuk tunggu bas.Lepas tu bas datang dan terus bergegas ke PKNS dan amik teksi di sana..Alhamdulillah dari PKNS ke Bukit Cerakah hanya RM8 sahaja..jimat skit..Dari PKNS ke Bukit Cerakah amibil masa 10 minit dan since dah pkul 6 lebih teksi tak boleh masuk dalam taman tersebut..so terpaksalah drop by kat pintu utama..


Alhamdulillah..ana tak keseorangan disana sebab ada 2 orang akhwat UKM yang tunggu member yang lain.Saat tu kami berkenalan satu sama lain dan mereka menerangkan serba sedikit pasal aktiviti yang dijalankan..selang 15 minit kemudian kak Azreen and the gang sampai..Rasa happy jugak sebab ada jugak sahabat dari satu daerah…bermula dari situ ana diisytiharkan sebagai ahli kumpulan LIPAS.Mula2 terdengar memang ana tergelak sebab namapun dah lipas xtengok dia orang punya TRADEMARK lagi.lagi la gelak sakan…kami berjalan ramai-ramai untuk ke second entrance taman tersebut..dalam perjalanan sahabat2 ada menerangkan pasal tugasan yang diberikan..SKUAD LIPAS diberikan task CAKNA POLITIK which ditugaskan untuk menemuramah YB Rodziah..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun tanpa YB Rodziah sendiri .sampai di second entrance
jumpa Kak Tik dan sahabat2 yang lain.Terkejut sebab ingatkan kami terawal tapi sebenarnya group kamilah yang terakhir.Ahaks.



Pastu kami terus berjalan ke Camar Rimba ikut jalan shortcut..sepanjang perjalanan kami bercerita tentang dakwah di IPT masing-masing dan berkenalan dengan lebih lanjut lagi.
Sampai di Camar Rimba kami terus ke surau yang “indah”.Sampai di sana tergamam jap sebab ramai jgak peserta, all over selangor pulak tu..Masing2 tengah buat video untuk aktiviti masing2..kat situ berkenalan dengan lebih ramai sahabat2 dari daerah lain..gembiranya...tak terkata....malam tu lepas solat Maghrib dan Isya’ peresentation dari semua kumpulan dimulakan..Alhamdulillah kami group yang terakhir yang present since video yang kami buat ada masalah.. dari setiap presentation,,ada yang kena bersihkan kubur,kena approach Non-muslim,kena handle pertandingan mewarna,kena interview YB Rodziah dan macam2 lagi la.Tapi yang paling menarik perhatian ana adalah task approaching Non-muslim.nampaknya akhwat lebih berstrategi dalam mendekati Non-muslim.Maybe lepas ni KDP boleh anjurkan program tentang cara-cara nak approach Non-Muslim.Tapi yang paling ana terkejut..ada sorang akhi tu cakap yang task membersihkan kubur itu dibuat atas tujuan mendekatkan pelajar IPT dengan masyarakat kat sana.Sebab sejak merdeka kampung tu tak pernah dilawati oleh Pelajar IPT even sekalipun.Mungkin suatu hari nanti kita boleh buat program kemasyarakatan kat sana.Tamat sesi presentation kami diarahkan untuk bersiap sedia untuk sesi ala-ala Explorace di kawasan Taman.Mula-mula ingatkan jungle tracking tapi Alhamdulillah explorace jer..sebut pasal explorace ni..ana excited nak cerita..Kami dibawa ke car park dan arahan diberi disana.Kami diberi kain hitam untuk tutup mata dan diasingkan dari kumpulan yang asal..then fasilitator bawa kami ke suatu tempat yang kami sendiri tak tahu..tiba kat tempat tu kami diarahkan untuk duduk diam and selepas 15 minit kami diarahkan untuk membuka penutup mata....lepas tu barulah sedar yang kami dah terasing dari kumpulan masing-masing.Sekali lagi kami berkenalan satu sama lain..kami beri tugasan untuk memasukkan bola golf ke dalam lubang yang disediakan..Bagi kami yang tak biasa main golf ni,its quite susah la.Kami ambil masa yang lama jugak kira-kira 30 minit untuk strike 10 lubang..Penat juga yea main golf ni..task tu dinamakan “main golf di gurun Sahara”.selepas check point yang pertama,kami diberikan clue untuk check point yang kedua.Kat sini memnag timbul masalah..cluenya adalah KOLAM..kami xtau kolam yang mana..kan kat sana banyak kolam..sorang cakap swimming pool,sorang cakap kolam sebelah amphitheatre..lepas tu kami sama-sama decide kolam yang ada kayak and ada bunga teratai..Alhamdulillah.. kami buat keputusan yang tepat..Check point yang kedua kami ditugaskan untuk cari gambar2 palestin yang tersembunyi di atas menara peninjau dan pondok berdekatan.sampai disana kami panjat menara dan cari di kawasan pondok tu.Gayatnya tak terkata dan kami cuba jugak panjat point yang tertinggi..walaupun kami kaum yang lemah..kami bukan lemah.KAMI BOLEH..Alhamdulillah kami jumpa semua gambar dan serahkan pada fasilitator yang handle point tersebut...Seterusnya kami ke check point yang seterusnya yang mana kami diarahkan berkayak dengan menggunakan pelampung yang disediakan..bagi kami task nilah yang paling mencabar..kami disuruh untuk membuat pusingan 8 dan kami tak dapat melaksanakannya dan kami hanya dapat buat pusingan o shaja.Kami mengambil masa yang lama juga untuk kembali pada “pengkalan”.Kami tolong-menolong antara satu sama lain..dan dari sini kami sedar yang kami perlu BEKERJASAMA dan BERSTRATEGI dalam membuat suatu perkara..Selepas itu kami diarahkan untuk stop dan balik di khemah masing2 sebab dah pkul 4.30pagi dan terlalu lewat untuk ke check point yang seterusnya..Selepas membersihkan diri kami balik ke khemah dan “recharge” tenaga untuk digunakan keesokkan pagi. Kami solat subuh dan Qiam ,breakfast dan persiapan diri dan tunggu untuk slot seterusnya..



Slot yang terakhir adalah slot perbahasan yang mana setiap group diberikan role masing-masing.Kami mewakili pihak NGO, dan ada yang mewakili kerajaan,pembangkang,Pelajar IPT,media massa,dan rakyat jelata.Kami ditugaskan untuk membahaskan tentang Gejala Sosial dalam masyarakat.Setiap pihak mempertahankan idea masing-masing sehinggakan kami tak sedar yang kami berbahas lebih dari 2 jam..last sekali kami bersama-sama membuat keputusan untuk blame it on ourselves dan mencari titik penyelesaian masalah sosial di negara kita..Semua pihak mengaku kelemahan masing-masing dan perbahasan itu terhenti di situ..Slot yang terakhir adalah penyampaian hadiah oleh Akhi Fawwaz dan fasilitator yang lain..Kami terima hadiah masing-masing dan disana juga para fasilitator conclude pasal GRUM kali ini.Yang pasti semua peserta enjoy dan mendapat input yang berguna dari GRUM.It’s not the matter of join the camp,enjoy the activities but getting salient information itself.Grum terhenti selepas zohor dan kami bersalaman antara satu sama lain.Rasa sedih tak dapat dibayangkan sebab terpaksa berpisah dengan sahabat-sahabat yang bersama-sama mencari sinar dalam berjuang di jalan ALLAH SWT..Semoga ALLAH SWT merahmati UKHWWAH antara kami..