Saturday, February 27, 2010

Missing You


PENGENALAN

Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).



Sempena perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:

http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:

BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.

Sunday, February 21, 2010

Jk Program



Alhamdulillah,baru je balik dari meeting yang amik masa selam 2 jam lebih..Banyak perkara yang dibincangkan..dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara-perkara dasar..yang xtahannya,depa bagi ana jadi JK PROGRAM..matila kali ini.....dah la xbiasa dengan JK tu..biasa jadi SU yang setia je..Ameer cakap semua ahli tanzim mesti amik peranan yang lain..xboleh jadi Jk yang sama je..biar HANCUR program..harap2 program yang dirancangkan xhancur dengan JK Program yang baru..hehe...insyaALLAH

moral of the story:yakin dengan kebolehan diri sendiri..yes,..yus boleh=)

Friday, February 19, 2010

Practicum 00oo00 practicum

Practicum 00oo00 practicum


Orang kata p practical..tapi tu salah grammarnya..practicum-nouns..practical-adjective..huhu(sempat lagi teacher ni ngajar grammar ya..)


Alhamdulillah,da 16 hari ana practicum kat sek kebangsaan sek 17,shah alam..detik2 yang xdapat ana lupakan…

Hari first p practicum

Berdebarnye hanya ALLAH je yang tahu..tapi buat muka c0ol je..control macho..sampai je kat sekolah pak guard dah panggil title ’cikgu’..sifat kebudak-budakkan tu automatically bertukar jadi orang dewasa..matured la katakan..hehe..sebelum practicum dah set kat kepala otak siap yang aku nak p practicum n ngajar hanya kerana ALLAH..buat something yang bukan kerana ALLAH tu buat penat je..klu buat kerana ALLAH tu sume aku akan dapat,pahala pun dapat,A pun dapat(insyaALLAH),stress-free and etc..kan bijak tu..JADILAH PEMIKIR YANG BIJAK DUNIAWI UKHRAWI..insyaALLAH

‘Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,’Umar bin Al-Khattab r.a,aku mendengar Nabi SAW bersabda:”sesungguhnya setiapa amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada ALLAH dan RasulNya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah tersebut.”

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Sepanjang memegang title’cikgu’ macam2 dah bleh rasa.rasa mcmane jadi actual teacher..rasa mcamne stressnya nak handle students,rasa mcmane kena marah kat boss..huhu..semuanya tu melatih ana utk menjadi manusia yang berfikiran matang..InsyaALLAH..mmg xdinafikan,kesihatan agak terganggu 2 minggu kebelakangan ini.mungkin transformation process daripada student kepada worker tu yang bagi effect yang besar dalam hidup ana..luarannya nampak cool je tapi dalamnya ALLAH saja yang tahu.tapi yang AJAIBnya,kesihatannya yang terganggu tu effectnya hanya nampak n dirasai dirumah,once pergi mengajar,ana xrasa pape pun..MASYAALLAH..hebatnya ALLAH..mungkin enthusiasm ana untuk menjadi seorang pendidik tu banyak mempengaruhi...

One thing yang lari dari ana punya expectation is cikgu2 kat sana..sebelum pergi praktikal,previous students cakap yang cikgu2 kat skola xakan bagi kerjasama kat bdak2 praktikal..last2..hampeh punya expectation..cikgu2 kat sana sumenya baik2..willing to help me in whatever situations are huhu..Alhamdulillah..tu la..ISLAM menekankan kita supaya husnu zhon kat saudara kita..kena bersangka baik la adik yus weiii...dont judge book by it’s cover..kekadang cover yang buruk pun membuahkan content yang mantap..xgitu???..

Bila cakap pasal students...

Huhu..first time masuk kelas..rasa mcm nak nangis..students memang xdengar kata..klu xsabar..rasanya students akan dapat pelempang yang original..hehe..tapi masih lagi bersabar..semuanya bertitik tolak daripada niat kita..klu niat kita kerana ALLAH,semua perkara yang sulit tu boleh diatasi dengan kesabaran..InsyaALLAH..
Title panggilan yang ana dapat daripada students adalah ’teacher-ustazah’..students confuse nak panggil apa,teacher ke ustazah..sampai depa gaduh sesama sendiri..ish2xx..xpa la..masuk kelas BI panggil la teacher,masuk kelas KT bleh la panggil Ustazah..kan ok tu..papepun ana sayang kat semua pelajar ana..smoga ALLAH bagi kekuatan utk ana mencurahkan ilmu kepada mereka..smoga ALLAH bukakan pintu hati mereka utk terima apa yang ana ajarkan..InsyaALLAH..

Banyak lagi yang nak ana coretkan..tapi tuntutan amanah yang cemburu dengan masa menulis ana..so terpaksa stop sampai disini..lain kali sambung lagi dengan cerita2 yang terhangat di pasaran..InsyaALLAH..

Tuesday, February 16, 2010

owh..2010


Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi biberikan peluang utk menghirup udara yang segar bugar walaupun ana seorang hamba yang selalu lalai dalam menjalankan amanahnya...Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH,DIAlah pencipta sekalian alam yang tidak pernah tidur mahupun leka dengan tugasnya mendidik dan mengasuh ana untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA dengan 'ubat' ujiannya...InsyaALLAH semga dengan kesenangan dan pahit jerih kehidupan membuahkan redha yang berpanjangan disisi ALLAH..InsyaALLAH..

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sahaja dan tidaka akan datang malapetaka kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-rang terdahulu sebelum kamu?mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat,dan mereka gementar (ketakutan),sehingga berkata Rasul dan orang-rang beriman bersamanya:bilakah tibanya pertolongan ALLAH?Ingatlah,bahawasanya pertolongan ALLAH itu hampir tiba"..
Al-Baqarah:214


Menyoroti tahun 2009 yang berlalu dengan pantas,tanpa ana sedari...banyak perkara yang berlaku menjadikan rencah kehidupan bertambah nikmat....kesenangan dan kepayahan dalam menyebarkan risalah ISLAM membuatkan diri menjadi semakin matang dalam menggalas amanah yang RABB kurniakan..semoga tahun yang seterusnya membuahkan kepuasan dengan terlaksananya impian yang diimpikan dan disemai yang usaha yang gigih..gembira dengan janji ALLAH dalam surah At-Taubah ayat 111

"Sesungguhnya ALLAH membeli diri dan harta orang-orang yang beriman,bahawa utk mereka itu syurga.Mereka berperang di jalan ALLAH,lalu mereka membunuh dan terbunuh,sebagai janji yang benar bagi ALLAH(yang termaktub) dalam Taurat,Injil dan Quran:siapakah yang lebih menepati janjinya darpada ALLAH?Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu.Dan demikian itulah kemenangan yang besar".

InsyaALLAH,semoga hidup yang tersisa ini dimanfaatkan sepenuhnya di jalan ALLAH...

dikongsikan gambar-gambar program tahun 2010