Wednesday, December 16, 2009

Redha


Usah bicara soal perjuangan jika terdetik rasa putus asa, pengorbanan yang sedikit, hati tak tabah sedangkan sentiasa ada ragu-ragu pada ALLAH. Bicara lah soal indahnya sabar..sesungguhnya manusia takkan bisa menempuh segalanya tanpa ikhlas di hatinya....RA

UjiaN dan CaBaRAn

Yus..jangan kecewakan ALLAH kerana manusia..Itulah ayat-ayat yang selalu didendangkan di telinga ana oleh insan yang bernama sahabat..tatkala ujian melanda dalam hidup ana..tatkala ana hamper berputusa asa dalam meniti arus-arus dakwah..tatkala tiada siapa yang peduli dengan ana…ana bersyukur kerana ana masih ada seorang sahabat yang mampu membuat hati ini tenang,mampu membuatkan hati ini redha dengan segala ujian..ukhtie,ana uhibbukifillah


Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.. 39:53-54


Memang hidup ini adalah satu perjalanan,yang penuh dengan dugaan..kadangkala kita mampu menghadapi segala ujian dan cabaran dengan tenang namun adakalanya kita tewas..seringkali kita sangsi dengan ketentuan Tuhan.tapi ingatlah wahai diriku..wahai sahabat-sahabatku,itu hanyalah bisikan syaitan yang hanya akan membawamu ke neraka jahannam..nauzubillah..semoga kita dijauhkan..namun yang pasti,segala ujian yang dilalui ada hikmah disebaliknya,samada kita sedar mahupun tidak..


Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..2:216

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way


Walimah Abangku


Alhamdulillah,smuanya telah selesai.Smoga ALLAH merahmati pernikahan abagku dengan zaujahnya.Smoga bahagia hingga ke syurga menanti

Eddy Noorzama & Tengku Suraya

Isnin,30 November 2009
13 Zulhijjah 1430H

Wednesday, November 11, 2009

KeredhaanMU

kenapa biarkan hati kita mati

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan adalah nikmat paling agung yang diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.


Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)


Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)


Firman-Nya lagi bermaksud:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)





Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  • Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

DID WE GET A BILL FROM ALLAH SWT



Salamun'alaik
Just take a look on the story entitled"did we get a bill from ALLAH SWT" on iluvislam.com just now,how fantastic the story was.I realized that ALLAH gives us over than what we needed but we rarely thanks him..


When We bestow favours on man, he turns away, and gets himself remote on his side (instead of coming to Us); and when evil seizes him, (he comes) full of prolonged prayer!..41:51

Turn thy vision to those Who abandoned their homes, Though they were thousands (In number), for fear of death? Allah said to them: "Die": Then He restored them to life. For Allah is full of bounty To mankind, but Most of them are ungrateful.2:243

As far as we consider to be grateful,ALLAH appreciates us so much..Nothing could be taken for granted..Just think awhile what he has done for us..the air we breath,the water we use,and all the things He has created are beneficial to us..nothing useless..verily


HE's the CREATOR...HE's the BESTOWER..and HE is a the ONE who has power over all.


A man reached 70 years of age and was affected by a disease which made him unable to urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure the disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him severe pain for days. When the operation was completed the doctor gave him a bill which covered all the costs. After looking at the bill, the man started crying. Upon seeing this, the doctor said, "If the cost is too high then we could make some other arrangements for you." The old man replied, "I am not crying because of the money but I am crying because Allah (SWT) let me urinate for 70 years and HE never sent me a bill!" SubhanAllah!

BarakallahuLakum



BarakallahuLakum, Barakallahu'alaykum Wa Jam'a BainaKum FillKhayr

Ku Mohon PadaMu Allah

Agar Kau kurniakan mereka keturunan

Yang akan membawa panji aqidah ini dibarisan yang paling hadapan


NAZIHAH DAN AUZAN


NADIAH DAN HADI


Alhamdulillah..tahniah buat dua orang sahabatku yang baru melangsungkan pernikahan baru-baru ini..semoga ikatan yan terbina membawa barakah ke syurga menanti..dan buat akhwatku yang masih menanti saat-saat itu..sabar la yea..jangan berputus asa..ia menjadai asas terbaik buat wanita..Jika terlalu memikirkan soal jodoh hingga menganggu perasaan,ia bukanlah satu cara yang terbaik.nyatakan perasaan dan keinginan antuna dalam doa lewat sembahyang..ingat setiap dari kita ALLAH jadikan berpasang-pasangan,oleh itu tawakal sahaja jadi ubatnya.


Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.36:36


Ingatlah..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia..24:26

Pernah ana terfikir,apakah kita sudah bersedia untuk memikul bebanan dan tanggungjawab bergelar isteri atau ibu?Sudah kah bersedia dalam menghadapi rintangan hidup berumah tangga?sedarlah wahai sahabatku,rintangan di alam rumahtangga amat payah jika nak dibandingkan dengan rintangan di alam kita kini..berbalik pada pengalaman kakak,abang even ibubapa kita sendiri pun,kadang-kadang sedih bila melihatkan keadaan mereka..banyak masalah yang perlu diselesaikan,banyak dugaan yang perlu ditempuhi,bukan sekadar menikmati indahnya bersama insan yang disayangi,tapi lebih dari itu..sahabat ana selalu berpesan,jagalah ALLAH ,ALLah akan menjagamu..jagalah agama ALLAH..InsyaALLAH..ALLAH akan jaga agamamu di alam rumahtangga nanti..


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini..Kita selalu sangka ,aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini.Hakikatnya,apabila kita benar-benar mendapat yang kita ingini,ia juga datang bersama masalah.Bukan semua yang kita sangka mambahagiakan itu benar-benar membahagiakan,tapi disitulah terbitnya derita..ALLAH mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui


“dwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.’’Al-baqarah 2:216


Semua benda ada baik dan buruknya.perkahwinan juga begitu.Ia baik sebab dibenarkan agama dan Sunnah nabi sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah,tapi ia juga buruk jika sekiranya ia menjadi platform untuk ke neraka..bukankah di alam rumahtangga banyak tanggungjawab yang akan dipikul,jika semua itu tidak dilaksanakan dengan betul, dengan penuh rasa tanggungjawab,bukankah ia mengheret kita ke neraka,nauzubillah..moga2 dijauhkan ALLAH.


Jika rasa belum bersedia untuk melangkau ke alam perkahwinan,jangan berkahwin dulu..jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan karenah suami dan anak-anak,carilah dulu kesabaran itu. Hakikatnya sahabatku, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah,tetapi sudah melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikank pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman,mencintai Tuhan, dan menjadikan syurga sebagai matlamat.Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsianya..


Berkahwinlah sahabatku demi ALLAH dan ISLAM bukannya kerana perasaan,hawa nafsu dan kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan,tiba masanya ia akan datang menjemput,namun ia juga perlu dibuka lorongan agar jalan bertemu jodoh dipermudahkan..wallahu’alam

Friday, October 23, 2009

Pakailah Tudung..Tutuplah Aurat

lewat di emel dari seorang sahabat..semoga ia menjadi renungan untuk kita bersama..

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).

Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam...

Tuesday, October 6, 2009

Krisis Indonesia-Malaysia..Dimanakan persaudaraan

Assalamualaikum wbt.


Di bawah ini, saya pastekan tulisan seorang rakyat Indonesia. Moga ia menjadi satu peringatan kepada kita semua agar tidak bersifat seperti golongan Jahiliah sebelum datangnya Islam, berperang kerana bangsa, kaum, puak dan kabilah. Ingatlah perjanjian kalimah syahadah yang terikat antara kita sesama Muslim. Ingatlah hak-hak yang perlu dijaga sesama Muslim:

Indonesia dan Malaysia. Dua negara yang berpenduduk mayoritas beragama Islam ini seringkali mengalami kerenggangan hubungan. Belum hilang dari pemberitaan media, sebagaimana diberitakan bahwa Malaysia telah mengklaim kepemilikan beberapa aset kebudayaan milik Indonesia. Tak pelak hal itu membuat panas kuping sebagian masyarakat Indonesia.

Bahkan sampai ada yang menggalang dukungan untuk menyatakan perang terhadap malaysia dengan semboyan "ganyang Malingsia". Seperti halnya dilakukan oleh segelintir orang yang tergabung dalam Komonitas Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) beberapa waktu lalu di kantor PDIP lama di JL. Diponegoro. Jakarta Pusat.

Tidak sedikit terdengar selentingan- selentingan warga yang menghujat dan ingin sekali adu jotos dengan negara yang berbahasa melayu itu. Tari pendet, angklung, keris, reog Ponorogo, kain batik, lagu kebangsaan sampai masalah kedaulatan ambalat disebut-sebut sebagai pemicu permasalahan ini. Emosi masyarakat semakin meradang setelah beberapa media menyuguhkan video adegan penganiayaan sadis yang dilakukan oleh oknum warga Malaysia terhadap TKI yang bekerja disana. Ditambah lagi dengan beredarnya situs di Internet yang berisi tentang penghinaan dan pelecehan terhadap lagu kebangsaan Indonesia Raya yang di plintir liriknya.

Benar-benar membuat suasana semakin panas, walaupun belum diketahui secara pasti siapa dibalik situs tersebut. Postingan tertanggal 28 Juli 2009 memuat soal lagu kebangsaan Indonesia Raya yang diplesetkan. Dalam forum yang diberi judul Lagu Kebangsaan Indonesial tersebut, seseorang dengan nama Indonsial memposting teks lagu Indonesia Raya yang diplesetkan menjadi Indonesial.

Muslim adalah saudara

Sebagaimana diketahui, Indonesia dan Malaysia adalah negara yang mayoritas penduduknya beragama Islam. Allah SWT mengisyaratkan bahwa setiap mukmin adalah saudara, sebagaimana dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat" [QS. Al-Hujurat: 10]

Walaupun realitasnya kita hidup bersuku-suku maupun berbangsa-bangsa, berbeda bahasa dan warna kulit, tidak dibenarkan untuk saling mengunggulkan, bahkan saling berperang satu dengan yang lainnya atas dasar ashabiyah. Karena yang membedakan antara kita hanyalah Iman dan taqwanya, bukan ras, suku, bangsa atau yang lainnya. Dan perlu diketahui, mereka pernah lama hidup dalam satu naungan negara khilafah. Allah SWT telah memperingatkan:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [Al-Hujurat : 13]

Rasulullah SAW juga melarang keras sikap ashabiyah (Nasionalisme dan tribalisme) seperti itu, sebagaimana yang tercermin dalam sabdanya:

"Bukan termasuk Ummatku orang yang m engajak pada Ashabiyah,dan bukan termasuk ummatku orang yang berperang atas dasar Ashabiyah,dan bukan termasuk ummatku orang yang mati atas dasar Ashabiyah."( HR.Abu Dawud).

Belajar dari sirah

Sebenarnya kasus pertikaian yang dialami oleh Indonesia dan Malaysia ini hampir sama seperti kisah semasa hidup Rasulullah SAW. Dimana Salah seorang tokoh Yahudi yang bernama Syas bin Qais yang sangat benci dengan bersatunya dua suku besar penghuni kota Madinah Aus dan Khazraj dalam ikatan Islam, membuat makar dengan mengirim seorang penyair agar membacakan syair-syair Arab Jahiliyah yang biasa mereka pakai dalam perang Buats. Perang Buats adalah perang yang terjadi selama 120 tahun (Ibnu Ishaq didalam Tafsir Al Mawardi)

Penyair suruhan Syas berhasil mempengaruhi jiwa sekumpulan kaum Anshar dari kalangan Aus dan Khazraj di suatu tempat di kota Madinah. Syair jahiliyah tersebut mengantarkan mereka kepada perasaan kebanggaan dan kepahlawanan mereka di masa jahiliyah dalam medan perang Buats. Perasaan kebangsaan dan kepahlawanan kaum Aus maupun Khazraj itu memuncak hingga mereka lupa bahwa mereka sesama muslim. Yang Aus merasa Aus dan yang Khazraj merasa Khazraj. Dalam puncak emosi perang itu mereka akhirnya berteriak-teriak histeris "Senjata-senjata! ".

Dalam situasi kritis itulah, Rasulullah datang bersama pasukan kaum muslimin untuk melerai mereka. Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai kaum muslimin, apakah karena seruan jahiliyah ini (kalian hendak berperang) padahal aku ada di tengah-tengah kalian. Setelah Allah memberikan hidayah Islam kepada kalian. Dan dengan Islam itu Allah muliakan kalian dan dengan Islam Allah putuskan urusan kalian pada masa jahiliyyah. Dan dengan Islam itu Allah selamatkan kalian dari kekufuran. Dan dengan Islam itu Allah pertautkan hati-hati kalian. Maka kaum Anshar itu segera menyadari bahwa perpecahan mereka itu adalah dari syaithan dan tipuan kaum kafir sehingga mereka menangis dan berpelukan satu sama lain. Lalu mereka berpaling kepada Rasulullah SAW. dengan senantiasa siap mendengar dan taat…" (Sirah Ibnu Hisyam Juz 1/555).

Kesimpulan

Masalah kebudayaan asalkan tidak bertentangan dengan syariah, itu tidak mengapa. Milik indonesia juga milik Malaysia, milik Malaysia juga milik Indonesia (terkait kepemilikan umum). Toh kepemilikan hakiki adalah kepunnyaan Allah SWT. Kaum Muslim adalah saudara. Baik yang berada di Indonesia, Malaysia, brunei, Irak dan dinegri-negri lainnya tidak dibenarkan untuk saling berperang satu dengan yang lainnya. Umat Islam harus waspada dengan politik "devide et impera" yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka sadar betul jika Islam bersatu, maka Islam akan menjadi kekuatan yang sangat luar biasa baik secara geopolitik maupun secara geoekonomi. Itu berarti penjajahan mereka akan berakhir.

Sudah semestinya kita rangkul Malaysia. Bersatu dalam ikatan akidah Islam.Dalam naungan Khilafah, menjadi negara besar, kuat, bermartabat dan yang terpenting mendapatkan ridho-Nya. Kita galang kekuatan "ganyang zionis Israel"

Wallohu a'lam bi ash-showab

Jazakumullah khoir.

Saudaramu, Ali Mustofa Abdurrahman.
http://www.eramusli m.com/suara- kita/suara- pembaca/merangku l-malaysia- ganyang-zionis- israel.htm

Solat Dan Kita


Dipetik dari iluvislam.com






Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu t
idak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke a
tas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:


Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara
pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. S
olat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah
Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:


Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:


Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk
yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:

Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.

Thursday, August 20, 2009

..::SIAPA KITA::..

Sudah terang terlihat dengan
ilmu dan pengalaman hidup insani,
tidaklah hadir kita ke dunia ini dengan
upaya kita.Dan tidak pula kita
tinggalkan dunia ini dengan kehendak dan aturan
sendiri

Wujud insan di
dunia hanyalah di antara
dua titik,mengisi
sedetik waktu dan menepati sezarah ruang


..LANTAS

UNTUK APA

MANUSIA ITU
DIHIDUPKAN


dengan kesepaduan roh dan jasad serta kesempurnaan aturan elemen-elemen alami yang menyokong kehidupan,nyatalah hayat ini bukan sekadar memenuhi ruang dan menghabisi tempoh,tetapi ada misi khusus dan mulia.ALLAH menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah untuk
menghambakan diri atau beribadah hanya kepada ALLAH.Dengan sifat kehambaan itu,manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya sebagai khalifah ALLAH di muka bumi.



Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki

Salam'alaik..Alhamdulillah..masih diberi kekuatan untuk menjalankan amanah yang diberikan Rabbul Alamin..sedih,hampa,kecewa yang tak dapat digambarkan bila perkara yang diceritakan adlah berkait dengan kaum sendiri..kaum yang dijadikan dengan penuh kasih sayang,kaum yang dijadikan untuk mambantu memakmurkan alam ni dengan CAHAYA ISLAM..knape masih begitu saudaraku..kenapa masih tidak mahu berfikir yang kebanyakan isi neraka adalh daripada golongan kita...knapa kita masih hanyut dengan dunia kita..Kenapa..kenapa..YA ALLAH..bantulah kami dalam menebarkan syariatMU..lestarikan wadi kalbu kami ya ALLAH,leraikan kami dari pautan nasfu..biarpun sukar bagi kami melamar redhaMU..namun masih kami mengharap ampunanMU

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.


Nabi Muhammad SAW bersabda

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka

ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Berikut adalah email seorang lelaki yang menyatakan lua

han hatinya berkenaan kaum hawa..cuba renung dan istighfar..apa yang kita lakukan selama ini..adakah kita sedar ataupun buat-buat tak sedar

Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

Dibawah adalah respon dari seorang pembaca

Salam Ustaz.. ape yang dikisahkan diatas adalah pahit pernah s
aya hadapi.. bak kate orang Kuale Kangsar “raban teben” saya dibuatnya… kerana wanita memang cantik Allah kurniakan... Tanpa memandang mereka, m endengar suare pun boleh tertarik, tak dengar suare dan pandang tetapi terbau pun lelaki boleh tergoda, bergelora jiwa.. Chu.. chu.. chu… chu.. (buat bunyi cicak kat mulut sendiri…)

Saya kat sini ingin berceramah skit walaupun xlayak, bukan ape saje nak menyampaikan jugak perasaan dan pandangan saya mengenai rintihan sahabat kite di atas.. Saya pernah mendengar citer seseorang, di akhir zaman ini nisbah lelaki dengan perempuan ialah 1:50 (lapik cakap sebab sy xtau kesahihannya, sy pun lupe dr mane sy ambik , maafkan sy sekiranya teripu anda semua) Mari same2 kite belajor mengira:-

PENGIRAAN
Cube kite bayangkan sekiranya hari itu tiba... Di Malaysia ini terdapat dalam
- 1 pejabat itu terdapat 1 staff lelaki dan 50 staff perempuan.
- 1 kampung 1 lelaki dan 50 permpuan.
- 1 bas tu ade 1 lelaki dan 50 perempuan (tu pun jd drebar kot..)
- 1 kelas sekolah ade 1 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan..(dah berlaku dh dekat U)
- 1 kerajaan ade 1 exco lelaki dan 50 exco perempuan (klu exco lebih 50 le..)

Ditambah dengan keheroan lelaki2 pada zaman yang bertamadun akan datang...
- Kebanyakan lelaki zaman tu semua xde didikan agama..

- Kebanyakan lelaki zaman tu se
muanya buaya darat.
- Kebanyakan lelaki zaman tu tahu nak seronok jer ikut nafsu dan mata duitan.
- Kebanyakan lelaki zaman tu kacak –kacak dan dalam jail..
- Lelaki befikiran liberal semua hukum diambik Halam saje (haram+halam) ambik Islam separuh2, Dan kemudian ditambah dengan...
- Galakan konsert2 yang bercampur gaul oleh pihak yang berkuasa.
- Kurangnya ulamak2 yang memelihara Islam kecuali ulama yang ”Al-fulus fid Dunya wal mampus fil Akhirah..”

- Undang2 sekular yang ”syumul” di Malaysia..
- Apabila Artis disanjung dan Ulama’ dipancung.. (dah jadi..)
- Apabila semua orang xmalu.. (pakai baju macam xpakei jerr,,,)


Kemudian dikalikan pulak dengan.

- Berleluasanya arak di Malaysia..(dengan ijtihad sesat mereka, “aku xminum, tapi aku keje bungkus arak kat kilang jer....” kepale hotak dier...)

- Minum arak macam minum air mati jer.. rileks jer digunakan tanpa was –was (ini sy pernah alami, kawan seuniversity di KL... Allahumma
rgfirlahu warhamhu..)
- Hinaan orang kuffar di luar negara terhadap Islam, tetapi kite buat “nohen jer..” (buat bodo, xrase ape2..).

HASILNYA:
-Sesungguhnya Allah S.W.T mahu hamba2nya berfikir, fikir sendiri ape jawapan bagi pengiraan diatas..

PEMBAYANG BAGI SOALAN DIATAS:
Pada masa tu, tanya pada diri Anda sendiri lelaki mahupun permpuan:-
- Adakah lelaki akan setia pada seorang? Buat ape diorang nak heran 1xnak, banyak lagi yang nakkan mereka.
- Adakah perempuan masih lagi ade perasaan Malu? Perempuan pada masa itu dah tahap kene kawen klu x
kawen dpatlah status andalusia (anak dara lanjut usia) atau antartu (anak dara tua).By all mean mungkin mereka akan cuba menarik perhatian si lelaki untuk m enjadi teman hidup, kerana lelaki ni susah nak cari. Dan diantara method yang paling fofuler yang digunakan oleh wanita ialah dengan berpakaian seksi, berhias, bermekap dan perawakan menggoda. (oops.. care ni telah pun digunakan sekarang...)
- Sekirenye anda meninggal dunia pada masa 2 siapa nak menguruskan jenazah anda? (mase tu majoriti lelaki smuanye jd artis, ade yg rambut kaler, ade yg gelang rantai beskal, perempuan keliling pinggang, ade yg brtindik, bertatu.. Cerah mase depan..kan?
- Fikirkan kembali sahab at2ku, dunia ni tipu daya... cube bayangkan umur dh mence cah 90 thun masih lgi nak berjoget... Ape bekalan nk disembahkan kepada Allah S.W.T??? skill goyang gerudi 360 darjah?? (astargfirullahalazim... sy agak emosi skit maafkan sy..)




CONCLUSIONS...
Bersama-samalah kita muhasabah diri kita jika perkara itu berlaku... dengan ape cara sekali pun masalah ini xkan selesai kecuali ”Kembali kepada ISLAM”. ”Apa yang Allah kata, itulah kita kata, ape yang Rasul kate, itulah kita kate dan ape yang Quran kate itulah yang kita kate ( meaning: samiqna wa ataqna, kami dengar dan kami taat).. habis cerita tutup buku... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Pengasihani

www.zaharudin.net