Thursday, February 26, 2009

CaHAya HaTI


Monday, February 16, 2009

sahabat..

Buat sahabatku Rabiatul Adawiyah..syukran atas segala tunjuk ajar anti pada ana...Ana bersyukur kerna ALLAH SWT pertemukan kita....Management and Science University permulaan segalanya....ingat trademark kita..BAIKLAH...Semoga ALLAH SWT jaga ukhwah kita...ingat lagi tak kata-kata Imam Al-Ghazali..."Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya"...ku harap mekar di hati,agar persahabatan suci ini akan terus mantap,menjadi syafaat..terukir indah di pintu Jannah..Ukhwah Fillah Abadan Abada...Salam Ukhwah

MEMILIH TITIAN DESTINASI TERAKHIR

Sentiasalah setting niat,upgrade iman,download sabar,upload usaha,delete dosa,update doa and topup ilmu supaya dapatlah kita redeem pahala.Ini adalah istilah-istilah internet dan komunikasi computer.Jika ini dilakukan selalu,yang pasti internet akan selalu dalam excellent connection,komputer juga bebas virus dan komunikasi siber tidak terganggu.Begitu juga jika dilaksanakan dalam diri,diri akan menjadi lebih power dan tuntas.Manakan tidak,setiap ketika niatnya adalah betul,maka iman akan meningkat.

Daripada Amirul mukminin,Abu Hafs,’Umar bin Al-Khattab r.a,aku mendengar Nabi saw bersabda”Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada ALLAH dan RasulNya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”
Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Apabila sabar dapat ditingkatkan,hampir semua cabaran hidup dapat dilalui dengan tenang.Tambah pula usaha tentu berhasil.
Kemudian sentiasa membasuh dosa-dosa dengan kebaikan,ibarat mencuci computer daripada virus-virus yang telah lama bersarang.Teruskan berdoa dan tambahkan ilmu setiap masa.Jika semuanya dilakukan berteraskan niat yang betul kerana ALLAH SWT demi menjadi manusia yang menjanjikan balasan setimpal yang akan dipungut hasilnya di akhirat.Alangkah cantiknya hidup dengan peribadi-peribadi sebegini,pasti di dunia terpandang,di akhirat juga Insya-ALLAH terbela.Tidakkah anda melihat betapa beruntungnya menjadi orang yang baik,faham agama dan mengamalkan apa-apan yang difahami dan diyakini itu?..
Anda setuju? Anada patut setuju.Jika anda setuju tandanya anda dalam keberuntungan dan sedang berada dalam situasi sedang meniti di atasnya.Jika tidak setuju,takut-takut anda sedang meniti di titian yang silap.Orang yang selesa dinasihati biasanya adalah orang yang cenderung kepada kebaikan.Biasanya orang yang berada dalam kecenderungan begini adalah orang yang meniti di titian agama.Oleh itu,jika anda merasakan kurang selesa jika dinasihati atau rimas tatkala melihat kubah masjid ataupun ‘panas’ pabila mendengar bacaan Al-Quran atau agu-lagu nasyid,takut-takut titian yang anda pilih itu tidak tepat untuk membawa anda ke seberang yang betul.
Percayalah,pengalaman selalu mematangkan seseorang,pengajaran seringkali melukakan tetapi selalu memberi kesempurnaan dalam sebuah perjalanan hidup seseorang dan menjadikan sesuatu perhubungan tinggi nilainya.Andai dunia dilihat secara keseluruhan dan ditanyakan soalan,apakah lebih ramai orang yang faham makna bertuhan dengan yang tidak,mungkin jawapannya lebih ramai orang yang tidak faham.Mengapa?Benarkah?Ya,sebab di kalangan orang islam sendiri boleh jadi lebih ramai yang tidak jahil tetapi mungkin lebih ramai yang sanggup bertindak sebagaiman orang yang jahil.Hidup adalah kesempatan yang sedikit.Dia datang dan akan pergi malah pasti pergi.Singkatnya hidup didunia ibarat musafir yang berhenti singgah,berteduh daripada panasnya terik mentari.Maka rugilah si musafir yang bercadang membina rumah di bawah teduhannya itu,sebab dia tidak pernah memiliki tapak dimana dia berpijak.Dia sepatutnya meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi sebab apabila dia sampai ke sana,dia ada bermacam-macam pengalaman untuk dikongsikan.Dia akan dilihat lebih berharga daripada orang lain yang tidak menempuh jerih-perih perjalanan itu.Seorang musafir perlu bertindak dan berfikir sebagaimana seorang musafir berfikir.Kita semua adalah para musafir untuk perjalanan yang jauh.Dan berusahalah menjadi musafir yang bijak,bertenaga dan berjaya.Andai masa boleh kembali,andai yang ditakdirkan boleh diubah,andai bias berpaling lagi,andai yang terakhir boleh bermula,ingin segalanya bukan lagi sepedih ini,ingin tersenyum setulus hati,ingin segalanya indah tanpa sesalan.Fikirkan..

Sumber-Dr Tuah Iskandar Al-Hajj