Saturday, March 27, 2010

PACE standpoint: Jerusalem is not the exclusive right of any one religious affiliation.

Netanyahu in an arrogant tone exclaimed that Jerusalem belongs to the Jews. He said they are the rightful inheritors of the land for over 3,000 years. These were the justifications for building more Jewish settlements in East Jerusalem, a move that upset even the US, Israel’s closest ally, triggering an all-time low in the US-Israel relationship, or so they claimed.

Let us examine the words of Netanyahu in an objective manner, free from the emotional trap of sectarian leanings. Jerusalem is the oldest human settlement since the dawn of civilization. The land has been peopled even before Abraham, the patriarch (father of all the three semitic religions; the jews, Christians and Muslims) arrived on the scene. The Canaanites, the predecessors of the Palestinian people were joined by the Philistins and the Phoneceans. On record they were the earliest residents. The prosperity of Urshalem, the name Jerusalem was ascribed to in the days of the old, prompted other nations to come and partake in the development of the place and reaped the riches. Others with imperial intent ransacked the city, razed it to the ground, banished and enslaved its people. The Assyrians and the Babilonians came to mind. During those periods the jews (in lineage they were the sons of Yaakub (Jacob) or Israel) prospered and lived side by side with other nations that preceeds them or those that came after. But the fact remains, Abraham came from Mesopotamia (present day Iraq) and until his demise, he did not own even a small piece of land.

A great calamity befell the jews when the Romans came and level the city to the ground. A time passed and again the jews grew to prominence. Then they were visited by the second calamity and again the jews were banished and forbidden from the city. These events were told in the holy Quran and Testaments and substantiated by historical facts. The city renamed as Aelia Capitalonia remain out of bounds for the Jews for 700 years until it was taken by the muslims under the stewardship of the second caliph, Umar al-Khattab. Upon receiving the keys to Jerusalem (Ursalem), Umar al-Khattab decreed that everyone is welcome to stay and pray in Jerusalem. This declaration known as al-Udha al-Umurriyah guarantees the rights of every person in Jerusalem to practice their religion and their places of worship will be safeguarded by the authority. That was the state of affairs until the arrival of the crusades 400 years later.

Justice and freedom prevailed during those days that at the time of the arrival of the crusaders, jews and Christians made up the majority of the people in Jerusalem. History was again repeated. Just like the Assyrians, the Babilonians and the Romans before them, the crusaders were no different. They put everyone not from the Christian faith to the sword. Again the jews were persecuted alongside their muslim brothers. A hundred years passed before the city was liberated by Salahuddin from the clutches of terror. Peace was restored and all three communities again live in harmony and tolerance. Such was the scenario for a thousand years until 1948 when the Zionist succeeded in taking over Palestine and established the entity called Israel. The jews who considered themselves as victims of holocaust, were behaving just like their nazi pepetrators, persecuting the people of Palestine, taking over their properties and banished them from their homeland. In 1967, Israel invaded East Jerusalem and the West Bank and systematically displaced the original inhabitants with immigrant jews from Europe and Russia. What they claimed as jewish land is occupied Palestinian territory. Occupied Palestinian territory is the term used by the United Nations. This is based on the UN resolution 242 adopted by the security council right after Israeli occupation in 1967. The resolution calls for the withdrawal of Israel back to the greenline drawn in 1949 i.e. from the West Bank and East Jerusalem. That resolution is binding since it was adopted by the security council. Failure to comply implies one of two things – economic sanctions or military action.

Therefore Netanyahu’s announcement on the settlement activities in East Jerusalem should be viewed against this historical and legal backdrop. Not only the settlements were illegal, they were built on an illegally occupied land.

In conclusion no one should be deceived that the jews are the rightful inheritors of Jerusalem. Jerusalem is commonly owned by every community resident in the area. The immigrants who came and transplanted in east Jerusalam and West bank are the usurpers and they must vacate the land and return them to their rightful owners be they muslims, Christians or even jews. Secondly, from the legal standpoint, East Jerusalem and the West Bank are under occupation which has been declared unlawful by the United Nations.

Therefore in simple language, Israel is building illegal settlements on illegal land.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Director

PACE

Ulasan PACE tentang penempatan Yahudi di Palestin

sumber-Dr Hafidzi Mohd Noor-Palestin Centre of Excellence(PACE)

Assalamualaikum,

Pertemuan empat mata di antara Presiden Barrack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu masih meninggalkan pelbagai persoalan. Namun yang pasti Netanyahu telah membuat pengumuman yang mungkin memperdalam 'perselisihan' di antara Amerika dan Israel, negara yang sering dipertahankan dan dilindungi oleh kuasa besar itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Netanyahu adalah menyangkut tentang dasar Tel Aviv dalam projek pembinaan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah iaitu di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Dalam suasana tegang berikutan keganasan polis Israel di persekitaran Masjid al-Aqsa dan pembinaan semula kuil Hurva yang telah roboh berhampiran Masjid al-Aqsa, pengumuman Netanyahu meruncingkan lagi keadaan. Tanpa menghiraukan pandangan masyarakat antarabangsa bahkan mengenepikan 'nasihat' Amerika Syarikt, Netanyahu mengumumkan akan terus menambah penempatan Yahudi di Baitul maqdis timur. Tindakan ini dilihat sengaja untuk menggagalkan proses rundingan damai dengan pihak berkuasa Palestin yang seringkali gagal akibat dari kedegilan Tel Aviv untuk meneruskan pembangunan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah.

Netanyahu seterusnya mendakwa orang-orang Yahudi sudah mewarisi Baitul Maqdis semenjak 3,000 tahun yang lalu, menjustifikasikan pembinaan penempatan kekal untuk penduduk Yahudi di sana.

Di dalam menilai dakwaan Netanyahu kita akan ketepikan sentimen-sentimen yang dianggap menyebelahi mana-mana agama termasuklah agama Islam. Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak dakwaan pihak lain bahawa umat Islam bias dan cenderung untuk membuiat tafsiran sendiri berdasarkan prinsip agama mereka. Dengan itu persoalan ini akan dilihat dari sudut yang boleh dinilai oleh sesiapa jua samada dia beragama Islam, kristian, Yahudi bahkan jika dia seorang yang tidak beragama sekalipun. Penilaian yang akan digunakan ialah neraca keadilan dan hakikat sejarah.

Dari sudut keadilan yang boleh diukur dengan perundangan, jelas dakwaan Netanyahu tidak punya sebarang 'locus standi'. Ini adalah kerana baitul Maqdis timur dan Tebing Barat adalah wilayah yang diduduki (terjajah). Status wilayah ini sebagai negara Palestin yang terjajah adalah berdasarkan peruntukan Resolusi PBB 242 yang diterima dan diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1967 sejurus selepas Israel menceroboh dan menduduki Baitul Maqdis Timur, Tebng Barat, Semenanjung Gaza, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Resolusi 242 menetapkan Israel wajib berundur dari wilayah yang ditawan dan kembali ke sempadan sebelum Jun 1967. Sempadan ini yang diberi jolokan garisan hijau (green line) diputuskan dalam Perjanjian penamatan perang Rhodes pada tahun 1949 selepas perang arab-Israel yang pertama. Garisan hijau ini adalah sempadan entiti Israel dan negara Palestin yang tinggal selepas pelan pembahagian PBB 1947 iaitu berdasarkan Resolusi 181 (1947) dan ditambah dengan wilayah yang dirampas Israel pada perang 1948. Sempadan ini meletakkan israel berbatasan dengan Baitul Maqdis Timur dan Tebimng Barat yang diperakui sebagai negara Palestin.

Ini bermakna pendudukan Israel ke atas Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur adalah haram dan tidak diperakui oleh Badan dunia PBB. Dalam ertikata lain Israel telah melanggar ketetapan PBB dan boleh dikenakan tindakan yang biasa bagi mana-mana negara yang melanggar ketetapan PBB iaitu samada dikenakan sekatan ekonomi atau tindakan ketenteraan. Berdasarkan kepada realiti perundangan antarabangsa Israel sudah jelas melanggar undang-undang. Bermakna dakwaan Netanyahu bahawa Israel berhak ke atas Baitul Maqdis timur adalah dakwaan yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan piagam PBB. Apapun tafsiran sejarah yang hendak dikaitkan dengan kewujudan bangsa Yahudi di Baitul Maqdis tidak boleh dijadikan hujah untuk menyokong atau mengabsahkan dakwaan Netanyahu.

Baiklah sekiranya mereka menggunakan alasan sejarah, maka kita akan menilai sejarah pula secara objektif berdasarkan kebenaran sejarah semata-mata tanpa ada sebarang kepentingan puak, bangsa atau agama tertentu. Palestin dan baitul Maqdis khususnya sudah wujud sebagai pusat tamaddun tertua di dunia. jauh sebelum kehadiran Nabi Ibrahim AS yang sama-sama diperakui oleh umat Islam, Kristian dan Yahudi sampai ke Baitul Maqdis (atau Urshalem - nama lamanya), sudah ada penduduk asal dari keturunan Kanaan. Mereka inilah nenek moyang penduduk bumiputera palestin pada hari ini. Di samping mereka disertai pula oleh kaum Filistin dan juga Phonecean dari pulau-pulau yang berselerak di laut Aegean dan Mediterranean. Mereka telah membina penempatan tidak kurang dari 10,000 tahun yang silam. Kemudian datang pula kaum-kaum yang mempunyai gagasan imperialisme seperti Assiria dan Babilonia yang datang melakukan pembantaian dan perhambaan ke atas penduduk Baitul Maqdis. Ini bererti kaum Yahudi yang dikaitkan sebagai keturunan Nabi Yaakub (atau Israel) adalah kaum pendatang. Mereka telah berjaya memakmurkan bumi Baitul Maqdis di bawah kepimpinan beberapa orang Nabi seperti Nabi Daud dan Sulaiman AS. Namun mereka juga seperti umat yang terdahulu melakukan pelbagai kezaliman dan kerosakan sehingga mereka dihancurkan oleh musuh sebanyak dua kali dalam sejarah - bahkan peristiwa kehancuran ini disebut di dalam al-Quran dan kitab perjanjian baru (Bible) serta disahkan oleh fakta sejarah. Apabila berlaku kehancuran kedua di tangan empayar Rum, orang yahudi tidak dibenrakan menetap di Baitul maqdis selama lebih kurang 700 tahun. Senario ini berubah apabila Baitul Maqdis di ambil alih oleh kerajaan islam di bawah pimpinan Khalifah Umar al-Khattab. Umar telah mengistiharkan kota Baitul maqdis sebagai kota terbuka yang mana setiap jiwa akan dijamin keselamatannya tanpa mengira bangsa dan agama. tempat-tempat ibadah dijamin keselamatan oleh pihak pemerintah/khalifah . Inilah yang dinamakan al-Uhda al-Ummuriyah (Dekalarsai Keamanan Umar). Senario ini berterusan sehingglah pecahnya Perang salib 400 tahun kemudian. Sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah tentera salib telah membunuh umat Islam, yahudi dan juga Kristian unitarian (yang memperakui Tuhan yang satu). Keadaan kembali aman setelah salahuddin mengambil alih Baitul Maqdis dari tentera salib. baitul maqdis sekali lagi menjadi kota keamaan terbuka dan bebas diziarahi oleh sesiapa. Begitulah keadaan terus berlangsung sehingga berdiri pula entiti haram israel pada tahun 1948. Kini sekali lagi penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian menjadi mangsa keganasan dan cauvinis yahudi zionis.

Apa yang dapat disimpulkan dari kebenaran sejarah ialah Baitul maqdis bukan milik ekskulif mana-mana bangsa atau agama. Ia telah diistiharkan sebagai kota keamanan dan terbuka kepada semua pemeluk agama. apakah alasan yang hendak digunakan untuk mewajarakan orang Yahudi mendakwa Baitul maqdis milik eksklusif mereka sahaja.

Dari dua sudut pandang iaitu perundangan dan kebenaran sejarah apa yang boleh disimpulkan ialah tel Aviv membina penempatan haram di atas tanah/wilayah yang diduduki secara haram. Dengan sendirinya dakwaan Netanyahu dapat ditolak dan diketepikan begitu sahaja. Ia tidak dapat dipertahankan dalam mana-mana mahkamah keadilan. Tidak ada mana-mana peguam yang sanggup mewakili Netanyahu untuk mempertahankan pendiriannya. Kesnya telah diputuskan tanpa mahkamah perlu bersidang.

Apakah hasrat yang terselit dari 'kedegilan' israel untuk meneruskan pembinaan penempatan Yahudi. Tidak syak lagi bahawa ia adalah sebahagian dari perancangan untuk mengyahuidkan baitul maqdis. Mereka telah membatalkan status permastuatinan ramai penduduk Baitul Maqdis, merampas tanah mereka, merobohkan rumah mereka dan memagari kediaman mereka dengan tembok-tembok tinggi. Kemudian mereka bina pula kuil Hurva yang tidak jauh dari Masjid al-Aqsa. Semua ini adalah sebahagian dari perlaksanaan strategi untuk merampas masjid al-Aqsa dan meronohkannya untuk pembinaan kuil atau haikal Sulaman.

Dalam membicarakan tentang tuntutan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa didirikan di atas tapak asal rumah ibadat mereka (haikal) ada suatu perkembangan yang menarik. Golongan akademik yahudi di universiti-universi ti di Israel telah memutuskan berdasarkan penyelidikan mereka, 'temple' atau kuil yahudi yang dimusnahkan oleh tentera Rum kali kedua pada 70 S.M (Sebelum Masehi) sebenarnya terletak kira-kira 500 m ke tenggara Masjid al-Aqsa. Bahkan tembok tangisan (sebenarnay tembok ini dinamakan tembok Buraq sempena Isra' Mikraj rasulullah SAW) bukan sebahagian tembok kuil kedua yahudi yang dimusnahkan oleh Rum. Di antara golongan akademik yang menolak Masjid al-Aqsa dibina di atas tapak kuil yahudi ialah Dr Earnest Martin. Berdasarkan kehadiran mata air yang mengalir yang merupakan sebahagian dari keperluan kuil yahudi tidak dapat dikesan di perkarangan masjid al-Aqsa tetapi beberapa ratus meter ke selatan masjid iaitu di Gihon Spring. Pandangan Dr Earnest Martin ini menguatkan lagi tesis Dr benjamin Mazar, mantan Presiden Universiti Hebrew yang melakukan kerja-kerja penggalian di sekitar masjid al-Aqsa dan di bawahnya, bahawa tidak ada tanda-tanda yang menyerupai kuil yahudi di sana.

Kesimpulannya ialah golongan pelampau yahudi zionis hanya menggunakan alasan-alasan agama yang palsu untuk meneruskan agenda pendudukan israel ke atas bumi Israel. Oleh itu adalah amat penting bagi semua pihak untuk menyedari fakta dan hakikat sebenar tentang Baitul Maqdis supaya tidak terpedaya dengan alasan-alasan yang diadakan-adakan untuk menutup segala pembohongan zionis Israel

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE

Sunday, March 21, 2010

melayang ke RS

MALAM AMAL RAUDHATUS

SAKINAH (MARS) 2010

kembali lagi!!

OBJEKTIF MARS 2010:
  1. Menjana dana bagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia
  2. Menjalinkan networking dengan pihak-pihak yang disasarkan
  3. Menekankan keperluan amr ma’ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat
  4. Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita


TEMA:

Lelaki Pelindung Wanita)
-diambil daripada Surah An-Nisa’:34-


TARIKH:

2 Mei 2010

TEMPAT:


Shah Alam Convention Center (SACC Convec)

KEHADIRAN KHAS:

YTM Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff

Penaung Raudhatus Sakinah

(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)

PENAMPILAN ISTIMEWA:

  • Kumpulan Damascus
  • Xifu & Algebra
  • Persembahan anak-anak remaja

JUALAN MEJA:

Platinum – RM5000/meja

Gold – RM3000/meja

Silver - RM2000/meja

Bronze – RM1000/meja


Untuk tempahan, sila hubungi:

Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010

03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159



LIFELINE 4 GAZA


JUALAN TIKET

Hanya 2000 tiket sahaja disediakan. Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Negeri Sembilan
Hudzaifah | 019 987 4594
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984

Atau dapatkan di kaunter promosi bergerak kami pada 21 Mac 2010
http://www.facebook .com/profile. php?v=photos&id=1331150157&sb=28#!/event. php?eid=10150153 106565158&ref=mf

SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti