Monday, August 3, 2009

BuaT ikHWAH DAN akHWATkU


Assalamualaikum..dalam kecelaruan Demonstrasi Anti-Isa beberapa hari yang lalu,masing-masing sibuk meledakkan benih perjuangan dalam diri .Aku sedih melihatkan ramai ikhwah dan akhwat yang ditahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Bukan sahaja yang telah berumur bahkan adik-adik yang masih mentah menjadi mangsa.Di mana keadilan mereka?di manaaaaaa???Namun,dek kerana kekebalan iman dan semangat jihad yang ada dalam diri mereka,tiada duka yang dipamerkan malahan senyum dan riak ketawa beriringan..sedikit demi sedikit benih kekaguman menjalar dalam diri aku terhadap mereka lantas memohon kehadrat IILAHI agar ditetapkan hati mereka dan dijauhkan mereka dari segala kesulitan yang melanda. Kekesalan di sanubari dek tak dapat bersama-sama dalam perhimpunan menyebabkan aku rasa berdosa pada Rabbul Alamin...YA ALLAH adakah perjuangan aku hanya dibibir,adakah aku takut dalam menegakkan syariatMU Ya ALLAH.. .Buat ikhwah dan akhwat yang masih ditahan ketika ini,sabarlah wahai saudaraku..perjuanganmu bukanlah perjuangan yang sia-sia..perjuanganmu dalah lakaran ke pintu syurga yang kekal abadi.,semestinya kemanisan iman hadir pada dirimu seketika itu..Aku tak dapat merasakannya saudaraku..Sabarlah wahai saudaraku,perjuangan menegakkan kebenaran memanag tidak akan kenal erti penat dan lelah..Kesusahan dan keperitan yang dihadapi kelak akan menjadi saksi perjuangan dirimu.memang perjuangan menegakkan kebenaran itu payah namun akhirannya adalah kemenangan yang abadi..Syabas buat dirimu,kerana berjaya membuktikan bahawa perjuangan bukan hanya dibibir tapi disertai dengan tindakan.Semoga Jannah menjadi akhiranmu.AMIN
SUASANA DEMONTRASI ANTI-ISA


















1 comment:

danialarief said...

takbir bergema diiringi dengan hamdalah!!