Tuesday, February 16, 2010

owh..2010


Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi biberikan peluang utk menghirup udara yang segar bugar walaupun ana seorang hamba yang selalu lalai dalam menjalankan amanahnya...Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH,DIAlah pencipta sekalian alam yang tidak pernah tidur mahupun leka dengan tugasnya mendidik dan mengasuh ana untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA dengan 'ubat' ujiannya...InsyaALLAH semga dengan kesenangan dan pahit jerih kehidupan membuahkan redha yang berpanjangan disisi ALLAH..InsyaALLAH..

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sahaja dan tidaka akan datang malapetaka kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-rang terdahulu sebelum kamu?mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat,dan mereka gementar (ketakutan),sehingga berkata Rasul dan orang-rang beriman bersamanya:bilakah tibanya pertolongan ALLAH?Ingatlah,bahawasanya pertolongan ALLAH itu hampir tiba"..
Al-Baqarah:214


Menyoroti tahun 2009 yang berlalu dengan pantas,tanpa ana sedari...banyak perkara yang berlaku menjadikan rencah kehidupan bertambah nikmat....kesenangan dan kepayahan dalam menyebarkan risalah ISLAM membuatkan diri menjadi semakin matang dalam menggalas amanah yang RABB kurniakan..semoga tahun yang seterusnya membuahkan kepuasan dengan terlaksananya impian yang diimpikan dan disemai yang usaha yang gigih..gembira dengan janji ALLAH dalam surah At-Taubah ayat 111

"Sesungguhnya ALLAH membeli diri dan harta orang-orang yang beriman,bahawa utk mereka itu syurga.Mereka berperang di jalan ALLAH,lalu mereka membunuh dan terbunuh,sebagai janji yang benar bagi ALLAH(yang termaktub) dalam Taurat,Injil dan Quran:siapakah yang lebih menepati janjinya darpada ALLAH?Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu.Dan demikian itulah kemenangan yang besar".

InsyaALLAH,semoga hidup yang tersisa ini dimanfaatkan sepenuhnya di jalan ALLAH...

dikongsikan gambar-gambar program tahun 2010





No comments: