Sunday, April 11, 2010

Katibah Akhwat Karisma Daerah Petaling

Bismillah..
Assalamualaykum wbt

Didedikasikan dengan penuh cinta dan kasih bagi para murobbiyyah yang tak kenal erti lelah dan upah dalam mentarbiyyah akhawat muslimah.

Insha Allah,Ukhti JIM IPT Petaling dan Akhawat KARISMA Daerah Petaling (KDP) akan menganjurkan Katibah:

Berikut adalah detail program:

Tarikh : 16/4/2010
Hari : Jumaat
Tempat : Masjid Negeri
Target Peserta : Modul 00-02 dari semua IPT yg berada di Daerah Petaling

Tentatif Program:

6.30pm-7.30pm : Berkumpul Di Masjid Negeri
7.30pm-8.00pm : Solat Maghrib & Al-Mathurat
8.00pm-8.30pm : Semak Bacaan (Tajwid)
8.30pm-9.00pm : Solat Isyak
9.30pm-11.30pm : Slot Agar Bidadari Syurga Cemburu Padamu
11.30pm-12.00pm : Supper
12.30pm-5.00am : Tidur
5.00am-6.00am : Menggapai Cinta Illahi (Qiamulail)
6.00am-7.00am : Solat Subuh & Al-Mathurat & Tazkeerah
7.00am-8.00am : Sarapan Pagi & Pulang

AGAR BIDADARI SYURGA CEMBURU PADAMU

Daripada Umm SalaMah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadith yang panjang):
Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?"
Baginda menjawab. "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yg zahir lebih baik daripada yang batin".
Aku berkata, " Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"
Baginda menjawab, " Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang bewarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning ...(hingga akhir hadith)"(riwayat Al-Tabrani)

Moga kita bangga menjadi wanita solehah
wallahua'lam

No comments: