Monday, April 19, 2010

Perkongsian Program Agar Bidadari Syurga Cemburu Padamu

Bismillahirahmanira him..

Buat ikhwah akhawat fi al-islam..moga sentiasa tabah hati tak berbelah bahagi dalam memperjuangkan yang haq.Berikut adalah sedikit perkongsian tentang keluarga besar kami di karisma daerah petaling. Semoga bermanfaat buat semua.. InsyaAllah.


Program: Katibah akhawat KDP (“Agar Bidadari Syurga Cemburu PadaMu”)

Tarikh dan masa: 16 – 17 April 2010 (6.30ptg – 8.30pg)

Tempat: Masjid Negeri Shah Alam

Jumlah peserta: 150 orang (UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana, MSU, Politeknik, Unisel, Lepasan SPM, RnB)


Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, katibah akhawat berjaya dilaksanakan. Syukur yang tidak terhingga kami panjatkan pada Allah atas nikmat yang DIA berikan. Anggaran peserta pada awalnya hanya seramai 30 orang bertambah sebanyak 5 kali ganda. MasyaAllah! kami selaku JK Pelaksana terutama ukhti azreen (sms masuk bertubi2 ye ukhti..) pada mulanya rasa terkejut dan diselebungi kerisauan namun jauh disudut hati memanjatkan rasa syukur. Daripada 2 bilik ditempah, jk tempat dengan bergegasnya ke masjid negeri untuk menempah satu lagi bilik. Walaupun pelbagai dugaan menimpa sebelum dan semasa program, namun setiap kesusahan yang melanda kami selaku JK pelaksana sentiasa dipermudahkan Allah S.W.T dan pastinya setiap yang berlaku merupakan tarbiyah buat kami semua.

Berbekalkan tekad di hati dengan jiwa yang hanya ingin meraih redha ALLAH,adik2 akhwat dari seluruh IPT di daerah petaling berlumba2 mendaftarkan diri mereka.Saat jam 6.30 petang hari jumaat,kami dengan rasa berbesar hati menyambut ketibaan adik2 di masjid negeri dengan wajah berseri-seri>JK Rapid yang diketuai oleh ukhtie aisyah bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan mereka ini lancar dan sampai ke destinasi yang ditujui.Kredit buat team rapid!

Akhawat yang tiba diarah terus ke ruang solat atas untuk solat maghrib berjemaah.




Solat Maghrib berjemaah


Antara maghrib dan isyak, kami bersama2 membaca Al-ma’thurat. Selesai solat berjemaah isyak, kaki dengan gagah melangkah menuruni tangga untuk ke ruang solat muslimat yang paling bawah bagi mendengar slot ceramah iaitu “Agar Bidadari Syurga Cemburu Padamu”. Hati berbunga2 dan tidak sabar2 mendengar pengisian drpd tajuk yang penuh menambat hati ini..=)


membaca al-ma'thurat

Jam 9.15 malam, slot ini dimulakan. Ceramah disampaikan oleh Kak Maswati, pensyarah akaun di UPM dipengerusikan oleh ukht Azreen.




Slot 1: "Agar bidadari syurga cemburu padamu"

Perlukah kita untuk dicemburui oleh bidadari syurga? Siapakah wanita yang dicemburui oleh setiap bidadari syurga? Bagaimana untuk menjadi wanita yang dicemburui oleh bidadari syurga? Bagus sangatkah wanita itu? Pastinya wanita yang dicemburui itu adalah wanita solehah yang tunduk dan patuh hanya pada Al-Khaliq, jiwa dan raganya diserahkan seluruhnya pada Allah, sentiasa melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang, dan jiwanya hanya inginkan keredhaan Allah dalam setiap inci hidupnya..




Khusyuk mendengar ya akhawat =)


MasyaAllah, sangat istimewa Allah mengangkat martabat wanita solehah ini. Jauh lebih mulia dari bidadari syurga sehingga dicemburui mereka. Seandainya cinta manusia biasa kita merasai akan keseronokannya, apatah lagi apabila cinta dan kasih sayang Allah telah melekat dan berpadu dalam diri kita! Subhanallah.

setiap individu yang ingin menjadi wanita solehah perlu jelas akan tujuan hidup meraka atas bumi ALLAH ini.Siapakah kita?Dimana dan kemanakah kita hendak pergi?Mengapakah kita berada disini?Ingatlah bahawa kita hanya seorang HAMBA yang menumpang dibumiNYA.Justeru itu kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengikut hawa nafsu kita semata!

Selesai slot ceramah,akhwat disajikan dengan tayangan video summayah dan harapan pemuda.Bukan sajian telinga sahaja yang kami perolehi,malah rezeki kami sanagt murah pada malam itu.Kami mendapat supper yang sgt2 banyak daripada pkck masjid.Tak seperti supper pun..mcm makan tengahri..heh..Minum malam pada mulanya hanya dengan kek pisang,biskut kering dan air teh 'o' ditambah dengan mee goreng,kuih muih,nasi tomato dan banyak lagi.Makan besar kami di tengah2 malam=)tersenyum semua akhwat dapat makan besar..terima kasih pakcik masjid yang baik hati=)




Sedapnya makan..yang belakang tu beratur elok2 ya..jgn rebut2..makanan banyak..(^_^ )

Akhwat diingatkan untuk bangun qiam jam3.30 pagi dengan jemaah masjid.Saat semua ingin beradu,tarbiyah buat kami apabila seorang akhwat poli ditimpa sakit.Tak mampu berjalan,tak mampu menggerakkan kaki.Masalah berkaitan saraf tunjang.Ya ALLAH..semua akhat risau..akhwat ini berkeras tak nak pulang ke poli.Setelah dipujuk baru ingin pulang.Menitis airmatanya menahan kesakitan.Sebenarnya menurut naqibahnya,akhwat ini sangat gembira dan bersyukur bila dapat datang ke masjid negeri untuk berprogram bersama akhwat lain dan qiam hingga lupa yang dia ada sakit tak boleh terlalu banyak berjalan turun naik tangga.Namun dilawannya rasa sakit untuk naik ke ruang solat dengan tangga .ALLAH membantu kami dengan mengutuskan bantuan pkck masjid utk bagi kerusi roda bila terlihat kelibat kami menolak akhwat dengan kerusi untuk ke kereta.Saat jam 1.30 pagi,kami menghantarnya pulang..ALhamdulillah ya Allah..mohon doakan akhwat ini..p/s:smgt nak g MISI akhwat ni..doakan dia

Jam 3.30pagi, akhwt dikejutkan untuk qiam. Solat tasbih, hajat, taubat dan witir dilaksanakan bersama.




Qiam Jama'ie





Solat Subuh berjemaah

Setelah solat subuh, kami bersama2 membaca al-ma’thurat yang dikendalikan oleh ukhti Dalilah. Sayu saat dibacakan doa rabithah pagi tu..Allah titipkan dalam hati rasa kasih dan sayang pada akhawat walaupun baru sehari bersama. Subhanallah. . Sementara menanti ketibaan penceramah untuk tazkirah pagi, slot tajwid dilakukan dalam halaqah.



Doa Rabitah "Ya Allah, perkukuhkan ikatan kemesraan antara hati2 kami"



Halaqah tajwid


Jam 7.30pagi, tazkirah dimulakan dan disampaikan oleh Umi Halimah, pensyarah POLI dengan tajuknya ‘Ummati, Ummati, Ummati’..Ia mengingatkan kami kembali tntg segala jerih perit yang baginda lalui dlm perjuangannya. Betapa kasih dan sayangnya baginda pada umatnya. Ya Rasulullah, sangat rindu kami kepadamu. Begitu besar pengorbanan yang telah engkau taburkan untuk kami. Moga kami layak untuk menerima syafaatmu kelak. Kami bertemu kerana Allah, dan berpisahnya juga kerana Allah. Kami berkasih sayang keranaMu Ya Allah.. Moga ia menjadi tiket syafaat kami diakhirat kelak. InsyaAllah.




Tazkirah subuh oleh Umi Halimah.."Ummati 3x")

Tazkirah berakhir jam 8.00pg. Setelah itu, kami semua bersama2 breakfast nasi lemak + air teh ‘O’. Best2..hehe. .Saatnya untuk kaki melangkah pulang setelah bersarapan. Moga segala ilmu yang diperolehi dlm katibah ini memberikan banyak manfaat kepada kami selaku penganjur dan peserta. Moga pengenalan yang singkat ini akan melahirkan bibit2 rasa kasih dan sayang yang berterusan hanya keranaMu Ya Rabb..Demi meraih redhaMu..Ameen.

Semestinya,kami selaku penganjr banyak di tarbiyah dalam pengendalian katibah ini.Sangat penting untuk kami sentiasa berrsama dalam melaksanakan setiap perkara.Sangat sukar sekiranya ia dilakukan hanya berseorangan.Tiada kata yang dapat dungkapkan selain rasa syukur dengan ukhuwwah yang dikurniakan

Jazakumullah khairan katheera ana ucapkan pada semua yang bertungkus lumus untuk menjayakan katibah ini samada secara langsung mahupun tidak. Rasa gembira sangat bila mck2 jim(naqibah) juga bersama2 kami untuk setiap slot dr mula hingga akhir. Sporting bangat mck2 ni. Jzkk buat mck2 yg hadir.^_^


Moga Allah merahmati setiap usaha kita dan diganjari olehNya dengan ganjaran yang selayaknya serta dikira sebagai amal yang soleh..Next time boleh buat lagi...<(^_^)/

Ameen Ya Rabb..

Wallahualam. .

No comments: